hari ini, tiba2 ada idea ingin meng"upadate " blog ini.
tajuk rasa2 agak2 best kepada mereka2 yang mahu terjun je bidang perniagaan tetapi berhadapan dengan pelbagai masalah. produk ada, tapi modal tiada?? itu tajuk yang paling tepat ingin saya perkatakan untuk post kali ini.
seringkali masalah bagi peniaga2 kaum bumiputraadalah ada produk, tapi tiada duit untuk dikomersialkan produk tersebut. idea secara tiba2 ingin membuat post ini kerana petang tadi saya telah melawat sebuah taman herba atau lebih senang saya panggil sebagai kebun tanaman herba. kami pergi kerana ingin membuat 'assignment' berkenaan tumbuhan herba di kawasan sekitar sini sahaja.
memang, orang yang mengendalikan ialah seorang yang pakar dalam bidang ubat-ubatan herba. macam2 ubat herba dari krim, jus minuman, ekstrak herba, dll. semua itu dibuat secara MANUAL tanpa alat-alatan canggih/ lebih dikenali sebagai "cara tradisional". sayang seribu kali sayang, produk2 keluaran syarikat ini tidak dapat dipasarkan kerana masalah kewangan. gambaran yang dapat diberi mengenai tempat tersebut ialah tempat itu agak mundur, kemudahan dan alat-alatan pemprosesan kurang canggih.
setelah selesai melaksanakan tugas kami, kami berehat2 sebentar sambil menikmati jus-jus ekstrak keluaran syarikat ini. rasa jus tersebut agak sedap, dan menarik.
ketika kami berehat, tiba2, orang yang mengendalikan taman herba ini membisik kepada pensyarah saya. ayat nya lebih kurang begini. "doktor, boleh tak saya ingin memasarkan produk2 ini? saya mahu doktor mengambil produk saya untuk dipasarkan atau doktor menjadi rakan kongsi saya??"
pensyarah saya itu agak terdiam tidak berkata2. kemudian pensyarah saya berkata, "hurm.. tak bole pasarkan camtu sahaja... kena ada GMP(Good Manufacturer Practice) dulu, baru bole dipasarkan... tapi, saya tiada kilang. kena ada cara2 baru bole dikomersialkan..".
"kalau begitu, doktor tolong la cari siapa yang boleh mengambil produk ini", dengan gaya bersemangat dia menyarankan..
"saya sebenarnya tidak pakar dalam mengkomersialkan produk. kena tanya pelajar2 ini. mereka ada belajar dahulu" tukas pensyarah itu.
"kalo secara teori, kami tahulah. secara betul2, mana kami tahu mana nak 'apply' GMP itu. beter tanya Prof Z. dia yang ajar kami," jawab kami. ada lagi perbualan. tapi, saya memendekkan cerita sahaja la.
akhirnya, doktor memberi cadangan untuk meminjam kilang2 sedia ada GMP itu. jadi, kena bayar la harga sewa memproses produk2 itu. tapi, kira cara itu ialah 'illegal'. sayang kan? produk bagus, tapi tiada modal untuk membuat GMP. rupa2nya, mereka telah menanya berapa harga perlu dibayar untuk mendapat GMP. kos kira2 500k.wow!! 
mungkin anda terfikir kenapa tidak memohon bantuan kerajaan bukan?? untuk pengetahuan anda semua, pengendali taman herba itu ialah seorang indonesia. mungkin penduduk tetap malaysia. maka, kebarangkalian untuk mendapat bantuan kerajaan ialah 1% sahaja.. kasihannya..
tapi, memang susahla. lainla kalau dia menjadi supplier bahan2 mentah sahaja. tapi, bahan mentah diambil dengan harga yang sangat murah, tapi di'markup' dengan harga yang berpuluh2 kali ganda. tidak adil bukan??
lagi 1 kelemahan produk ini ialah, tiada 'clinical trial. hanya dibuat dari petua2 orang dahulu. sepatutnya, kalau ada clinical trial, kita akan tahu amaun yang paling tepat untuk diambil. agak susah bukan? zaman sekarang bukan lagi zaman dahulu. bagi saya, saya lebih prefer memilih produk yang telah dikaji secara klinikal berbanding produk yang dibuat tanpa kajian menyeluruh.
apa pendapat anda kalau anda berhadapan dengan keadaan sebegini? terus menghantar bahan2 mentah kepada pengilang yang mengendalikan produk herba atau memohon ehsan kilang2 sedia ada GMP untuk memproses produk anda?? apa pendapat anda??

2 comments:
hai cik kak..
GMP is stand for good manufacturing practice la..hehe :)
sayang, kan?
kebun herba tu pun agak besar..doktor cakap, dulu tempat dia agak femes jugak..pernah masuk paper kot..huhu~
berapa kali ak duk fikir2 pasal tu tadi..
kesian pun ade..tapi, macam ko cakap la..xleh nak tolong apa2 buat masa ni..lepas ni, xtaula..hehe..
ops... time kasih cik nuha...
aku sebenarnye main hentam je maksud die...
hahahhaha....
Post a Comment
hendak komen?