Monday, September 27, 2010

bosan! bosan! bosan!!

arggghhhhh... aku dah bosan tahap cipan niiiii... grrrrr... bila nak dpt surat posting ni..

bosan gile.. tau tak???

aku taktau nak cakap kat sapa. dahla takde duit skang sebab tak keje.

aku tengok drama korea n jepun pun dah bosan. bosan weh ngadap laptop je niiiiiiiiiiiiiiiiii............

mintak keje part time susah lak. sume nak full time. kena menipu la kalo nak keje.. kata nak keje fulltime... hahahhahaaa...

adoi, otak pun dah lembap skang. tak berkembang langsung! tolong! tolong! tolong!!!!

Saturday, August 28, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?




Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata
seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.


"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"


Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik. tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik."


"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita."


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?"


Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."


"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi."


"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang
lebar.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan."
"Maksud encik?"


"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi. " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego."


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?

Friday, July 30, 2010

arghhh..... double lineeeeee..

okeyh.. berdasarkan tajuk di atas, korang p0n dapat agak apa yg ingin aku cakapkannnn....
sebenarnye, aku tengah mengangggggg... owhhhhh.. bengang ngan diri sendirikkkkk...

napela aku tak nampak kereta polis depan aku???? vangang betuiiiiiiiii... arghhhhh...
aku bole potong keta polis tuuuuuu... huwaaaaaaaaaaa.... perghhhh... potong kan double line maaaaaa..... arghhh.. kalo sapa yang terbaca entry ni(ceh, macam la ada orang nak baca blog ko, pasan!) mesti kata sah dah senget budak niiiii... huhu...

tak silap aku, kalo potong double line, kena saman rm300~~~~~ huwaaaaaaa.... =(
mana nak amik duit? mesti mak ngan ayah aku membebelll.. bla bla blaaa...~~~

sedihnyeeeee~~
aku p0n dah xde mood nak tulis.. okla... bye2...

Monday, July 5, 2010

UNIVERSAL STUDIO+SINGAPORE -part 1-

salam..

pada 16.6.2010, hari rabu, ktorang pergi ke johor bharu tidur semalaman sebelum masuk singapore.. besela, sampai kat sana mesti la dh petang nak dekat maghrib..
lawak betul kazen aku... bole dia x kenal aku... hahahahahhahahaaaa...
arghh.. apa ak merepek niii...

ok, berbalik pada cite asal die... pada 17.6.2010, iaitu ari khamis pagi. ktorang p0n berangkat nak masuk singapore.. aku awal2 pagi dh bangun.. pas semayang, ak kejut diorang bangun. pastu ak terus mandi.. cehhhh.... awal gile aku mandi.. 7 lebey aku dah mandi.... sembangat nye pasal.. kuang3x... klo tak, mesti masih membongkang atas katill... kih3x...

okeyh, ni cite pasal universal studio ke hape ni??? hahah.. sukati aku la.. manyak mende aku nak cite ni... kih3x...
ok, pas dah makan dan bersiap2.. kitorang sume isi borang nak masuk singapore.. sorang 1 borang.. ada 12 borang sme means ada 12 orang nak masuk singapore.. macam rombongan cik kiah kooooo.... penuhla rumah orang niiii... kehkehkehhh...

bawak 2 kereta masuk singapore. 1 keta akak aku, 1 lagi keta mak sdare aku... aku tak bawak keta sebab time tu aku tengah sengkek tahap cipan...
dalam pukul 9am lebey, baru kitorang gerak.. konon2nye nak gerak pukul 8am.. besela, dah ramai macam rombongan cik kiah, xde nye nak gerak awal.. kah kah kahhh..

pastu, singgah dulu kat giants nak tukar duit.. bukan aku la nk tukar.. aku dh tkar awal2 lagi.. sembangat nye pasallll... ni sdara mara aku nak tukar...

ok, dipendekkan cite.. kitorang masuk singapore dalam pukul 10am lebey.. dah nak dekat pukul 11am. imegresyen lama sangat... boring aku.. pastu, diorang berhenti kejap kt imegresen singapore, woodlands. aku pun taktau nape diorang berhenti.. aku d0k diam2 jela.. aku rasa setelkan bab smartpay* kot.. (dia macam kad touch n go..) sebab kitorang masuk waktu weekday, kena cas 20 SD sehari utk 1 kereta.. siot betul singapore.. malaysia tak pernah cas p0nnn...

ok, pastu kitorang p0n masuk singapore... alkisahnye, semuanya bermula.. (eh, dah panjang berjela2 , baru nak mule ke? kah kah kahhh..) arghh.. apa yang aku merapu2 ni...

ok, berbalik pada cite asal. ala, singapore ni kan sebelah malaysia... mesti ramai orang pernah pergi sana.. tapi, lantakla.. aku nak post gak gambar keadaan di singapore.. asyik cite jekk.. boring orang baca... aku p0n boring nak citee... ok, aku tunjukkan bangunan kat sana.. yezzaaa..

aku agak pelik ngan bangunan ni.. sebab tu aku amik gambar..
jgn tanya ni bangunan apa, sebab aku p0n taktau.. haha..

okay.. ni eyes of singapore.. tak singgah p0n..

bangunan ni berkonsepkan durian.. salah satu landmark singapore

adus.. panjang sangat cite ni.. bila la nak cite pasal USS ni.. adoiii.. aku pun dah macam malas nak menulis.. dipendekkan cerita... kitorang p0n mencari jalan nak ke USS ni... jam di tangan sudah pukul 12pm.. kakak aku konpiden follow keta sdara aku. kazen aku yang bawa...

tapiiii.. asyik2 pusing tempat yang sama.. kitorang dalam keta dah konpius.. konpius... konpius.. reti jalan tak ni? adoiii.. ghupe-ghupenya, kazen aku tak reti jalan... adoiii.... berpusing-pusing kat tempat yang sama.. universal studio kat sentosa island.. tapi, aku p0n taktau mana kitorang sesat...

tup tup tup, baru ingat auntie aku ada hp HTC.. dan build in GPS.. okeyhhh.. senang idup.. barula bukak GPS nak tengok jalan... akhirnya, sampaila kitorang kat USS.. jam time tu aku tak ingat.. (cess, ntah hape2 ntah.. itup0n nak citeee.. haha..) meluat orang len baca.. hahahaaa...

kitorang sampai2 je... mak aihhhh.. tempat parking banyak gila.. mau sesat dibuatnyaaaa.. last2, pilih yang paling dekat sekali..

busu aku pergi beli tiket.. aritu dapat 66 SD sebab weekdays. kalo weekend atau cuti umum, 72SD.. 1 SD dalm rm2.36.. so, kalo convert ialah rm156+-.. camtula.. mahal gak laaa..

busu aku pergi bei tiket, yang lain2 sebok bergambar.. jeng3x....




ni akak aku ngan hubby dia.

tup tup tup... sekali tiket USS dah habisssss... hanya ada tiket hari ahad sahaja... sob3x... sedey gila aku. takkan nak duk lama2 kat singapore.. mesti banyak duit keluar... huhu.. so, kitorang balik dengan muka hampa.. tujuan asal nak g singapore sebab nak pergi USS.. last2, diorang kata melawat sedara mara jela.. sambil jalan2 kat singapore..

muke sadis sebab tiket dah habis.. =(

masa tengah menunggu mak sdara aku amik kereta, kitorang duk melepak kat kerusi di atas.. muke cedeyhhhh jeekkkkk.. time tengah2 kitorang berborak-borak pasal tiket takde.. yela, jauh2 dari malaysia datang.. bila nak beli tiket dah habis.. tibe2222.... jeng jeng jengggg....
....
....
....
...
...

seorang lelaki chinese ala2 jason (kawan aku time study), berhenti depan kitorang. dia tanya camni, "u want buy ticket? ticket USS?". sambil2 dia bercakap, dia tunjukkan tiket yg dia ada.. segumpal koooo.. OMG.. OMG.. OMG.. biar betul??? erksss.. betul ke tak ni??
yela, mana tau scam menyecam ni... bukan leh caya dunia sekarang..

last2, kitorang kata nakkkkkkkkk... sume dah memandang busu aku.. sebab dia la supporter terbesar kitorang... heheheh. pastu, busu aku tanya,

busu: how much?

agent: 72 SD. only have weekend tickets..

time dia cakap 72 SD, dalam ati kitorang kata.. "allamakkk...." damn. extra 6SD.. dalam rm13 extra... itu baru 1 tiket.. kitoang ada 8 orang.. mau extra rm100. pastu, sume wat muke kesian kat busu aku... huhu.. "bolela busu.. bolela..." (ala2 tengah pujuk makwe pakwe gitu..)

busu: if u guys still want if 72SD, u must pay 6SD extra.. i will pay what i'm already want to pay..

kitorang: (dengan konpidennya... ) ok, kitorang bayar extra 6SD... dah datang2 jauh2, better bayar 6SD dari tak dpt masuk langsung..

aku tak kisah p0n bayar extra 6SD.. sebab busu aku dh support banyak gilaaaa.. hehehhehe...

tapi, busu aku still mintak tiket weekday, 66 SD.. yela, kitorang datang hari khamis.. mestila nak tiket hari khamis..rupe2nya, dia ada tiket hari weekdays, tapi ada kat ofis.. taktau available lagi ke tak. kitorang ok jela.. malas nak cakap lebey2.. hanya ada 50/50 hope sahaja.. xde tiket esok, takpela.. jalan jela sekitar singapore.. huhu..

so, bila balik, suma dah ceria balik.. hehehe.... yeyeyeee.. ada tiket...

jam dah dekat pukul 1 tengahari.. perut sume dah lapar.. kitorang nak carik tempat makan kat geylang... geylang tempat yang ramai orang2 melayu.. dan banyak kedai2 melayu+affordable price. tempat yang lain kurang halal+mahal.. huhu...

sekali lagi akak aku follow keta kazen aku... dalam tu ada nek chik aku.. dia dulu duk singapore.. tapi, sebab dh berusia, dia duk ngan anak dia kat JB.. adala dalam 2-3 tahun dah duduk kat malaysia..

kitorang berlegar2 sekitar kawasan geylang... lagi sekali, sesat lagi.. huhuuuu... nek chik aku cam dah ingat2 lupe... yela, orang tua.. tapi, dia sangat terer jalan geylang.. sebab selalu pergi geylang. nek chik aku kata salah jalan.. tapi, signboard tunjuk betul.. oleh kerana asyik pusing tempat yang sama, last2 kitorang dengar cakap nek chik aku.. geylang tempat lain.. kitorang sebenarnya nak pergi geylang serai. sebelah tempat geylang. hehehe.. patutnye dengar cakap nek chik aku.. tula, padan muke...

sampai je kat geylang, kitorang berhenti untuk makan.. aku pesan nasi ayam penyet. (ayam tu dihentak dengan belakang pisau, jadi penyettt..)nek aku order mee kuah.. pastu, dia order sup kambing. sup kambing ni, orang mamak yang buat..

perghhhh... sedap gile sup kambinggggg.. memang marveles.. terasa segala rempah ratus dia... tak pernah aku rasa sesedap ni sup kambing.. oleh kerana aku habis awal, orang len tak habis2 lagi.. apalagi, aku snap gambar diorang... hahahahahahhaah...




membeli-belah sekitar geylang serai..

okla.. aku stop sampai sini... nanti ada masa, aku sambung lagikkkk...
tunggukkkk..

*part seterusnya, aku akan cerita pasal orchard road dannnnn... UNIVERSAL STUDIO yang bombastic la sangat tuuuuu.. kekekekekeeee...
P/S: sorry, sebab upload versi kecik utk gambar.. tak pasan.. takpela.. next part akan upload versi besar gedabak okeyhhh...

Tuesday, June 15, 2010

+bila hati berbicara+

salam..

entry kali ini lebih merapu dan merepek2 sahaja... sila abaikan entry ini sekiranya anda terserempak atau terbaca entry ini....

cuti sudah bermulaaa... ini bermakna, aku akan bergelar penganggur terhormattt sementara menunggu surat posting di hospital....

dalam masa mengisi masa lapang yang agak panjang, aku banyak menghabiskan masa melihat drama taiwan/korea/jepunnnn...

namun, kali ini aku memilih drama taiwan yang bertajuk "IT STARTED WITH A KISS" atau ISWAK. bagi aku drama ini agak happening dan menggembirakan sebab jalan cerita yang humour+romantik+ hero dan heroin yg hencem n cute2 blakaaaa....

sambungan dari drama ini ialah "THEY KISS AGAIN". bagi aku dua2 jalan cerita ni agak menarik, tapi drama "they kiss again" lebey banyak unsur2 romantikk sbb menceritakan pasal slps mereka berkahwinnn...

cerita ni menyebabkan aku menangis, sebab ada part2 yg sangat22222 sedeyhhh... seyes sedeyh gle... sapa yang tak nangis memang hati batu laaa.... memang pelakon dia menjalankan watak yang sangat2 baikkk...

oleh kerana byk2 unsur2 romantik dlm drama ke dua, kadang2 aku rasa kurang selesa.. yesss, kurang selesa dgn diri sendirii... cerita ke-2 lebih banyak memainkan emosi walaupun cerita 1st p0n sama...

cerita ni mengisahkan seorang perempuan yg sgt2 low IQ menyukai seorang lelaki yang sangat2 perfect dan menjadi kegilaan ramaiii... pandai, handsome, aktif sukan, tapi sangat egois dan berhati batu... laki ini sangat ego utk meluahkan hatinya.. dia hye menyedari perasaan nya apabila ada lelaki lain yg mendekati perempuan tersebut.. sebab, dia akan menjadi sangat2 JELOUSSSS....

even diorg get married, tapi perempuan tu merasai inferiority complex. sebab, yela dia x pandai, dan sangat222222 CLUMSYYY... adoiiii, geram aku tgk watak heroin niii... clumsy gle heroin dieee... byk sgt kekurangan perempuan ni, tapi dia menerimanya dgn hati yang terbuka.. yela, orang dah sayangggg....

tapi, silap laki ni, dia tak pernah menyuarakan isi hati dia.. so, pompuan ni rasa unsecure, hubby dia x sayang die dan mcm2 lagikkkk.... kadang2 aku sgt geram dengan watak p0mpuan ni... sebab cam sangat low dignity, very clumsy, lambat pickup... cuma, dia sgt baik hati, penyayang dan comeyh sgt2222...


Friday, May 14, 2010

KEPUTUSAN SEMI FINAL PIALA THOMAS - MALAYSIA VS CHINA

sangat2 menyedihkannnn... itula yg dpt digambarkan dengan kekalahan teruk malaysia pd pasukan lawan, iaitu china.. 3 - 0 okeyhhhh...

1st, lee chong wei vs lin dan, - malaysia kalah

2nd, beregu malaysia dgn beregu china - malaysia kalah gakkk..

3rd, single 2nd, wong chun han vs chin lan - malaysia kalah.. yang ni, 2nd set kalah terukkkkk sangattt... xpela, diorg beza 9 tahunnnn... WCH dah umo 33thn, chen jin umo 24thn..... (pk positip jellaaaa..)

penat bersorak kat rumah, kalo menang best gakkkk... adesssss... x dpt masuk final untuk piala thomas... komen saya kpd pemain2 tersebut:-

LCW - slow sangat nak warm up... kena tinggal jauh sampai 8 mata baru nak naikkkk... time tu dAh terlambatla nak kejarrrr.. pelikla ngan LCW ni... klo lawan ngan lin dan, mesti die kalahhhh...... musykil2... bkn skit beza, jauh gak bezaaaa...

beregu china, (1st beregu) - yang ni lagila laju diorang.... 1st smash terus dpt mata.. x sempat pemain malaysia nak bersediaaa...

2nd single, WCH - ekceli yg ni diorg men lebey slow compare lindan vs LCW main... tapi, mayb sbb WCH tu umur dia dah 33 thn, dan jarak beza 9 tahun, maybe dia penat sikit nak kejar2 bola niiii... tapi, 2nd set mmg WCH kalah teruk... x sampai 10 mata p0n... 21-7 sahajaaaa... kalah teruk yobbbbb...


kebanyakn pemain malaysia hilang mata bukan sebab tak dapat bola..... tapi, sebab net atau outttt... memang sakit hati tengokkkkkk... kecuali WCH je selalu bagi bola outttt....

nways, sambil2 melihat mereka bermain, baru perasan lin dan dan beregu china tu encem2 rupnye diorang.... muka diorang macam artis2 koreaaa.... euwwwww.... hehhehheee....
pemain malaysia, mata diorang lebih sepet dr pemain dari negara chinaaaaaa..... apa kes niiiiii... adesssssss....

yang membezakan ialah, cina di malaysia kulit mereka lebih gelap dibandingkan cina di negara chinaaaa.... sebab malaysia yang mempunyai cuaca yang terikkk... sebab tu kulit terbakar+sun burnnnn...

okla, itu sahaja yang ingin diceritakannnnn...

Thursday, May 13, 2010

ADAMAYA - DRAMA TV3.. dah habishhhh....

hurm.. adamaya sekarang ni memang tengah hot kat tv.. tp, hari ni last episod ke23.

ekceli, aku baru je follow crite ni... sebab tv kt hostel aku rosakkkkk.. dan, aku pun malas nk tgk kat web tv3..

tapi, sejak dh stat cuti... aku dh bosan tahap cipan duk rumah niiii... bukak forum, ramai orang bagi review baikk pasal cite... pastu, ada lisa surihani yg comeyh tuuuuu....

bukak kat facebook lak, ramai bg status pasal adamaya.. bestla.. adam tu baik la.. ada yg terpikat dgn adam dlm crite adamaya... tetibeeee, aku pun telah dipengaruhi oleh review yg best tuuu...

so, oleh kerana bosan tahap cipan xtau nak tengokk cite apa... so, carikla dlm utube.. tup3x.. adalak crite tu dlm utube... mak aihhh, best gle cite die... trus straight tengok 3 epi terusss... nak teruskan lagik, tapi mata aku dah kuyu x bole bukakk.. mana taknye, dh pukul 3am lebeyyyy....

crite die best...dahla si adam tu encemmmm, awwww... cair hati akuuuu.. euwwwww.... hishhh, apala aku merepek ni... heheeehe....

pastu, soundtrack best, muzik die best... lisa yang comeyhhh.. hishhh, senang kata sume bestlaaaaaa... adoiiii... ni yang berangan2 taik ayam niiii... adam3x... hihiihihiiiii...

wah, memang best gile kalo dpt asben camtu.. dia x encem pun xpe... kikikiiii... tapi, susah nk carik cmtu skangggg...so, xyah berangan lebeyh2 okeyhhhh.. hohoohhohooo..

oleh kerana aku telah jatuh cinta dgn semua benda berkenaan dgn adamaya, aku hadiahkan lagu OST adamaya, YANG TERINDAH

OST ADAMAYA, YANG TERINDAH


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Saturday, March 20, 2010

bosannye berbloggg..

aduss... sekarang aku rasa bosan gila nak berblog..

camna la orang lain bukan main rajin berblog....

aku ni skrg tengah paksakan diri je tulis ni... tak lama ni memang kena tinggal lagik blog ni...

hahhahhahaaa.. padan muke kat blog...

hehehehhe...

Monday, March 15, 2010

no turning back

salam... entry kali ni xtau nak cakap apa..

jaz wanna to say, everything all decision made, no turning back.

u must proceed it even it harder. even it very difficult, try face it.

Monday, March 8, 2010

cici+ bubu! jgn memilihhhh....

hehehh... entri kali ini hanya meluahkan prasaan aku kpd hamster ku yang comeyh2... ahaksss....

tajuk entri kali ni cam hape2 kan? ahahhahah...
xdela, sekarang ni aku geram ye ngan si cici n bubu ni.. mana taknya, memilih makanan.... die hanya nak makan jagung ngan kuaci sahaja... makanan pellet panjang2 dia tak makan p0nnnn...

pelik akuuuu... aku dah paksa2 die makan pun dia taknak... tadi saja je nak ajar die makan pellet tu... aku letakkan pelet je dlm makanan dia.. lama dari tengahari sampai malam... tapi, dia tak makan p0n pellet tuuu... jaz gigit2 skit jekkkk...

hishhh... ngada2 btul... dahla makanan die lebih banyak pellet... kalau dia tak makan, takkan aku lak yang kena makan kan??? ahhahahahhahah.... membazir je beli campur2 kalau pellet tu dia tak makann... hishhhh....

sambung balik cerita tadi... aku tunggu sampai malam... adala dia gigit sikit2.. tapi tak luak p0n... oleh krana aku kesian tengok si cici n bubu, mesti tengah kebuloq tahap cipan, so aku bagila dia jagung dan kuaciiii... terus dia makan... padahal tadi jual mahal bila letak pellet tuuu.... nagda2 betuiii... ingatkan manusia je memilihhhh.... hamster p0n pandai memilih makanan....

hati dan perasaan berkata2..

entri ini sangat membosankan... dicadangkan anda skip sahaja bahagian ini krana ia akan membuatkan anda tertido brdengkur-dengkur..
aku tak tau kenapa sejak akhir2 perasaan selalu berbaur dengan bermcam2 benda. syukur aku dikurniakan roomate yang baik... aku pun x dapat mengungkap apa yang bermain di fikiran aku sekarang ni.. ntahla, macam2 benda...

kadang2 aku pun bosan. i'm so weak... i hope i can strong enough to face all hardship... but, sometime i dont know what happen..

i dont know why i become lazy when my age getting older.. i hope i can be hardworking like when i'm in school...

oleh kerana perasaan aku sekarang ni berbaur2, banyak benda dalam fikiran aku... cuma, kadangkala aku terknang kenapa setiap jalan yang aku pilih, aku buat aku hadapi cabaran yang kadangkala aku tak mampu hadapinyaaa... kadang2 aku mengharapkan ending yang lebih baikk, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.. kadang2 aku mengatakan benda lainn, tapi diterjemah ke arah yang 100% berbeza dari apa yang aku fikirkan... dan kadangkala aku tak boleh mngawal perasaan aku dan lebih mengikut perasaan semata2... bosan kan brcakap pasal benda2 yang sangat membosankan? aku pun sebenarnye sangat2 bosannn... kadangkala aku terfikir jika aku tau masa hadapan kan lebih bagus? seperti aku ini menyalahkan takdir...

manusia kadangkala akan sangat tamak.. bila dapat ssuatu, dia nak yang lebih lagi.. aku rasa aku begituuuu... aku malas nak komen lebih2 pasal ni.. sbab ia akan lebih menyemakkan fikiran aku yang ntah hape2 sekarang niiii... makin lama makin mngarut lak... arghh.. pedulikan, dah kata blog aku.. sukatila nak tulis apa.. sapa2 yang tak suka, sila tutup telinga, mata dan pergi ke tempat lain ye... okeyhhh...

p/s: rajin btul si cici n bubu main pusing2 yekkkk... heheehe..

let it gooo....

i donno what to writee...

jaz very simple post..

i'm very happy with my life rite now..

Saturday, March 6, 2010

BuBu+CiCi.. (^^,)

salam....

ari ni nak crita sikit pasal my bubu n cici...
hehehheheh... tadi kolej ada anjurkan projek keusahawanan utk student yg amik subjek WUS..
so, diorang adala menjual sikit2....

macam2 yang jual... ada yang buat permintaan buat inai, jual tudung, rantai, brooch, main wii game, urut badan dsb.... tibe2, ada booth jual hamster n kura2... alamak, comeynyeeeeeee hamster tuuuuu....

1 hamster=rm10
bekas = rm16
makanan= rm5

pikir2 dulu nak bli ke tak... adushhh... comey gle hamster tuuu... nak jaga p0n senang jekkk... ulang alik tengok benda tu 3 kali... last2, kali ke3 aku rembat gakkkkkkk... tutup mata pastu bayar... so,, beli sepasang... jantan n btinaaa.... dpt kurang jadi rm38 sahaja....

hushhh... gembira betul dpt beli hamsterrrr.... alallaalalala.... comey sangat...
oleh kerana hp aku tertinggal kat kereta skrg dan malas nak amik, so tak dapat nak upload.. ada masa nanti update balik upload gambar my hamsterrr..

geram betul tengok die... kat dlm cage tu ada letak tempat makanan... si bubu ni punyala nakal masuk dalam tempat makanan, dikais2 nye sampai semua terjatuh ke luar... adushhhh.... bersepah2 dibuatnye... bubu bubu... cepat kemas balikkkk... hahahhahahaha.... seb baik die tak paham bahasa, kalau tak memang aku suruh dia kemaskan balik... ngade2 tul.. hehheheh...

tapi, 2 ekor ni manjang je tidoqqqqq.... pas makan tidoq.. itu je krja diee... nak main2 pun tak dapat.... tapi, kalau aku nak main ngan die, aku tarik je dia tengah tidooooo... hahhahahaha... jahat betullll... ni sekarang ni die tengah tidoqqq laaaa...

Thursday, March 4, 2010

presentation, i'm waiting for uuuu.... oyehhh...!!

postponed presentationnn!!! ahahahhah... suke aku x prsent tadikkkk...
title cam x sabau2 nak present je kan??? tipu je tuuuu.. ahaksss.... ngeh3x... nampak cm rajin skit.. kikikiiiii....

minggu ni clerkship internal medicine, n aku masuk wad nephronology... patient aku ESRF n IJC related sepsis.... IJC=internal jugular catheter... maksudnye, ada infection dekat catheter diee.. patient ni laki, dah 5 thn ESRF..

patient ni ada byk gak penyakit.. uncontrolled BP n glucose level... +anemia even dah amik medication... pastu, sebab dia ada ESRF, sesetengah drug yang metabolized kat renal kena adjusted dulu b4 diberi... macam perindopril yg dia amik... sumenye low dr normal patient...

sekarang ni aku kena present pasal infection yg patient kena dan kena cerita pasal blood pressure, glucose level n anemia yg die hadapi... ish3x.. banyak gak tuuuu DRP(drug related prob) dieee...

sebenarnye aku x sempat nak buat pagi tadi... ingatkn sempat sebab banyak sangat DRP dieeee... ish3x...tulaaa, buat lagi last min... seb baik bole sambung esokk... ekceli, aku sangat2 terperanjat sebab group aku yang len pun ada yang tak siapppp... ahahahahahha... ingatkan aku sorang jekkk... dari 10 org, hanya 3 org je present.. yang lain sume taknak present.. kikikiiiii.. sume nak esok....

okeyhhhh... malam ni kene prepare betul2.. sebab nampak prof aku cam suke tanya banyak2 jekkkk.. bye2....


Wednesday, March 3, 2010

=R.E.M.I.N.I.S.C.E.N.C.E=

salam..

entry ni lebih kepada melankolik dalaman dan khayalan semata-mataaaa..
jika anda tidak ingin menjadi pening, sila abaikan entri ini... okeyhhh..

bermacam-macam fikiran yang terlintas di fikirankuuu.. walaupun aku selalu mengabaikannya, namun fikiran itu selalu menerjah dalam benak fikiranku... aku biarkan sahaja ia menerawang-rawang dalam fikiran ini sambil cuba menyibukkan diri ke arah benda lain...

kadangkala aku sangsi kenapa bendaa yang sama selalu bermain di mindaku... aku tidak memikirkannya, namun tanpa kupanggil ia datang tanpa kusedar.. semakin aku cuba melarikan diri, semakin ia menghimpit fikirankuuuu...

aku selalu berdoa biarlah layangan ini akan pegi jauh dari diriku membiarkan aku dengan dunia aku sekarang... namun ia sangat susah untuk pergi, membuatkan ku terikat dengan layangan iniii. apa yang perlu aku lakukan?

pergilah jauh dari diriku..... aku amat gembira dengan kehidupanku sekarang... pergilah, pergilah menelusuri bayuu.. tinggalkanlah aku... aku ingin sendiriaannn di sini...

p/s: entri kali ni tidak ada kaitan hidup atau matiiii... hanyalah tempat untuk bersastera...

Tuesday, March 2, 2010

nephrology ward- 2nd week!!

dush dush dushh.... salam yekkk... kalau ada orang.. huk huk hukkkk...

minggu ni ialah minggu ke-2 aku berada di hospital. minggu ni aku buat internal medicine, dkt nephro ward.... jeng jeng jenggg...

bunyi cam menarik kan??? oyehhhh... kat situ ada sorang preceptor chinese yang conduct kami... nama die Ng ru shing... hehheehh... bagi aku, dia seorang yang berilmu pengetahuan yang luas dan tidak kedekut ilmu... macam-macam dia tahu.. macam macam input diberi... dia tanye macam-macam juga kat kitorang.. tp, banyak kitorang tak hengattt sebab tak bukak buku... adehhh, dah lupa semua benda laaaaaaa.... tak practice, ingat je semua benda... pas exam semua dah lupee.... hohohohohoho...malu i..

kesian je tengok kat die... pasrah je dia time kitorang tak boleh jawab... seb baik dia baikkkk... kuikuikuiiii.. esok kena pergi hospital lagi.. kena baca semua benda yang dia tanyaaa.... sebab esok dia nak kitorang bagi jawabbbbb... hohohohoo..

okla, nak memulakan pembacaan sekarangg.... babaiiii...

Sunday, February 28, 2010

Jeles.. jeless... oh nooooo...~

jeles? apa yang nak dijeleskan ni?? mesti korang pikir bukan2 kan??

ahahahha.... sila kembali ke pikiran yang mulia okeyhhhh.. ahahha..
takla.. aku pergi blogwalking kat blog junior-junior aku, kawan-kawan, dan sembarangan orang...

mak aihhh.. semua comeyh-comeyh blog diorang.. rasa rendah diri.. yuyuyuuuu... malu i... uhuk uhuk uhuk... nways, semalam aku nak tukar layout lain, tiba-tiba dia jadi sewel blog aku.... keluar kod-kod yang tak reti aku nak terjemahkan... huhuhuhu.... kat depan frontpage tauu.. =(

sebenarnye aku kena buat pharmacoeconomic report.. ahahah... tapi, aku malas nak buat+tak reti.. ehehehh... alamak, yang lain-lain semua dah siap part dia... huhuhu... adeyh, cerita pasal report lak.. borink borink... markah yang banyak, kena buat betul betul oooo.....

sambung balik cerita pasal blog ni.. kalau pergi blog orang lain, macam-macam cerita menarik boleh dibaca dalam blog. tapi, aku tak tau nak cerita pasal apa... tula dulu aku malas nak update blog aku... lecehla nak buat blogggg.... nak kena taip.. sebelum tu kena fikir fikir dulu.. pastu ayat kena best.. kalau tak, aku sendiri pun taknak baca.... ishhh... hehheh...

kali ni aku berazam aku akan menjadikan blog aku seperti blog orang lain yang comel-comel tu.. tapi, taktau la bila.... ehehehhee... bak kata somebady, "kita cuba, kita cuba.. " ehehhhehehe..

Saturday, February 27, 2010

Report!!!

arghh.. grrr....

sekarang ni tengah tension wat report surgery+radiopharmacy.. actually kena hantar malam ni.. entah sempat ke tak, taktaula.. lantakla labuuuu... yang penting sekarang ni aku nak resttt... hahahhah....

aku pun taktau kenapa sekarang ni aku rajin tiba-tiba mengadap blog ni.. ni mesti pengaruh si nuha dah menyerap dalam badan aku.. ahahhahaha... jangan marah nuhaaa...setelah aku tinggalkan hampir setahun.. lama tu setahun, tiba-tiba mood menulis blog datang.. padahal orang lain semua dah lama, ada yang dah boring ngadap blog, tapi aku baru je berjinak-jinak balik.. ecececcecee...

berbalik pada tajuk topik hari ni.. melalut-lalut lak ke tempat lain.. hishhh..... aku kena submit 5 report this week... OMG... 2 report group, 3 report individuuuu..
2 dari radiopharmacy+3 report surgery.. budak group aku mintak suruh submit malam jumaat.. ish3x... mana sempat, pagi sabtu aku ada kuizzz.. cepat giloss group aku buat kerja.. sekarang ni kena hantar malam sabtu. tapi, aku dah pening+saturated mengadap report.. dari tengahari sampai ke malam aku ngadap.. dah nak muntah-muntah aku.. cepatlah habisss.. adessss...

aku pun satu, pergi senget sangat tak ambil data ubat betul2.. sebenarnya aku dah pening mengadap bed ticket patient tu.. dia dah masuk hospital dari bulan 6 2009 lagi.. sekarang dah akhir bulan 2 2010.. 6 bulan punya bed ticket... mata aku pun dah naik juling membaca data-data patient.. dahla tulisan doktor cam $@$#$%^$#^#*^... membuat nak termuntah hijau aku baca bed ticket tuu.. dah sama tebal dengan buku drug info aku.. arghhh....

pastu ngadap lak report radiopharmacy... mak aihhh, kebanyakan agent yang aku kena buat semua kena guna journal.. cissss, hampeh betul.. camne aku nak buat ni???? wess, sapa tau Pharmacokinetic of 99mTc- DTPA??
penat aku carik tak dapat-dapat.. fenin-fenin.. ish3x..
eh, eh, okla.. esok kena lak report VAS.. kesian dina ngan nuha.. sorry ek nuha ngan dina.. tak dapek den nak nolong malam ni... =(selamat malam....


bole mati ke???

salam..

hhhehe.... bila cakap pasal ni, teringat time kecil2 dahulu... dulu, suka makan chewing gum.. pernah satu hari, saya maka chewing gum lepas tu berbaring..

time tengah nguyah-ngunyah tu, tibe-tiba.... GULP.. ERKSSS.. alamak, camna ini? boleh mati ke ni? sebelum-sebelum ni pernah terdengar orang cakap tertelan chewing gum, lepas tu kena pergi operate.. sebab chewing gum tersebut mengganggu perjalanan sistem badan...

erks.. baru je hidup dah nak mati ke?? huwaaaaa.... punyala risau aku time tu toksah cerita la.. macam-macam aku fikir... siap cakap dalam hati, harap chewing gum ni boleh digest dalam perut... pastu tanya ngan mak.. "mak, mak boleh ke chewing gum dihadamkan dalam perut?"...

"hurm.. entahla, rasanya mana boleh digest.." kata mak aku... GULP... GULP... GULP... telan air liur dah aku.. habislah sistem badan aku.. erks... malam tu tidur tak tenang.. camna ni.. sekali esoknya, bangun takda perubahan apa2.. erks, takda apa2 pun berlaku... selamat-selamat.. hehehehh...

aku pun taktau samada teori yang mengatakan tertelan chewing gum tu bole menyebabkan kematian itu betul atau tak... sebab,, sampai sekarang aku hidup sihat walafiat tanpa apa-apa penyakit kronik... zaman kanak-kanak dulu memang selalu kena tipu dengan cerita-cerita yang tak masuk akal... jangan percaya bulat-bulat seperti saya dahulu yekkkk.... ehheheehehh...

Friday, February 26, 2010

toiLeTTTT... hishhh...

salam..

entry kali ni mengisahkan toilet yang hampeh... sebelum ni ingin ditegaskan, toilet hostel bilik kami sangat bersih yek.. tak caya, masuk ke toilet kitorang.. heheh..

toilet bilik kami, air selalu bertakung... pastu, sinki selalu tersumbat.. yang peliknya, takda buang apa-apa pun bole tersumbat.. senget betul.. semua sinki kat rumah ni semua cepat tersumbat.. pelik-pelik.... nak kata buang sampah sarap, tapi takda... sabar jelahhh...

berbalik pasal air kat toilet yang selalu bertakung... sebab, kontraktor yang bina rumah ni tak reti nak buat toilet... tempat air keluar lebih tinggi dari yang lain.. mana air tak bertakung.. tensen2... baru je sehari bersihkan toilet, dah kotor... ingat takda kerja lain ke nak mengadap toilet jekk...
ni baru lepas bersihkan toilet... hishhh...

pasni, biar aku jelah yang design toilet.. hahahahhahaaaa..... sakit jiwa betul... hehheh....
kalau korang punya toilet cam rumah ni, mesti anda pun membebel sama.. kuang3x..

CLERKSHIP!! =minggu pertama=

salam..

minggu ni ialah minggu pertama clerkship II... tajuk clerkship minggu ni ialah surgery+radiopharmacy..

sem ni nya clerkship more kepada ward base.. carik case kat ward, clerk case n then buat report...
tiada sapa yg guide berbanding sem lepas... memang sangat memboringkan...

hari pertama di hospital pergi ke radiopharmacy.. okla... farmasi yang jaga di situ menerangkan kepada kamiii.. namanya encik akmal.. inilah farmasi lelaki melayu pertama saya lihat di HPP ni... yang lain2 sudah pupus kot... opsss... hheheheeh....

okla.. agak menarik... tapiiiiiiiii... badan dah kena radioaktif... bahaya2... tapi, tengok en akmal tu selamba je.. dia tak takut pun pasal radioaktif... risau2.... kang kena cancer karang baru tahu..
dia cakap, sekarang ni mana2 ada radiasi.. semua alat elektrik ada radiasi... cahaya matahari pun radiasi gak.. hurm.. malas nak komen lebih2 bab ni... sebab, ilmu saya ni sangatlah kurang dibandingkan dengaan dia.. so, dengar jelahhh...

tengok benda2 di sana diperbuat dari lead(plumbum).. jangan tak tahu barang2 kat sana mahal2.... erksss... tong sampah kecik yg diperbuat dari 100% lead berharga rm18,000.. mak aihhhh... gilossss... lead ni akan protect bahan radioaktif tu memancarkan sinar radioaktif dari menembusi kita.. so, bila ada barrier, kurang/tiada radiasi yang akan tembus kepada kita...

selain dari itu, staf2 atau farmasi yang bekerja di sana diberi tagg/cincin untuk mengukur tahap radioaktif yang diterima oleh mereka.. setiap bulan, tagg/cincin tersebut dihantar untuk diuji tahap pancaran radioaktif yang diterima... maksimum radioaktif tidak boleh melebihi 20mBq. jangan risau, semua staf di sana tidak pernah menerima lebih dr 20mBq.. tapiiiiii... farmasi yang selalu paling tinggi menerima radiasi iaitu 19.++mBq.. alamak, bahaya ni.. tak hidup lama aku kalau kerja di situ... huhhuuhuh...

kenapa farmasi yang paling tingggi ye??? sebab...... farmasi la yang menyediakan bahan radioaktif sebelum diberi kepada pesakit... farmasi akan menukarkan mother cell ke daughter cell.. cthnye: mollenium kepada tehnetium, 99mTc.

ooooo... patutla.... hish2.... bahaya-bahaya.. kami juga boleh melawat HOTLAB, di mana segala persiapan bahan radioaktif dilakukan... nama je HOTLAB, tapi tempat tu la yang paling sejuk gilaaa.... ia dipanggil HOT sebab, tempat tu ialah yang paling banyak radiasi dipancarkan.. masa kami masuk, en akmal ambil alat pengesan utk mengesan radioaktif dan menghalakan ke arah tempat penyediaan... alat tersebut berbunyi dengan sangat kuat... tit.. tit.. tit.tit.tit.tit.tit.tit.tit.tit... memang kuat+cepat bunyi tersebut... itu maknanya radiasi banyak di situ... kalo tempat tersebut kurang radioaktif, bunyi nya sangat sikit dan perlahan..

selepas bahan radioaktif dilakukan dan dimasukkan ke dalam syringe, syringe tersebut dibalut dengan lead sebagai barrier. saya juga masuk tempat DTPA dilakukan.. DTPA tu apa? cariklah snedirik.. hehehehh.. wah2, machine nya hebat sekali.. macam mesin CT scan, MRI dsb...

di antara mesin dan tempat technology duduk, ada penghadang yang juga diperbuat dari lead.... dah tak ingat harga berapa.. tapi, semua riban2... mahal oooo barang2 dari lead ni...

kami habis dalam pukul 1.30pm... salah sorang ahli group tye en akmal boleh balik ke? apa dia cakap? "eh, sampai petang kan? ha, x boleh balik.... tunggu pukul 4pm baru balik"... hahahh....

skema betul en akmal ni... so, lepas sembahyang, pergi wad surgery nak tengok patient case.. panas gila wad lelaki.. maybe sebab pakai lab coat... tapi, wad perempuan sejuk jek.. hurm....
surgery la yang paling membosankan.. tiada pape nak cerita pasal surgery.. ngadap bed ticket patient... dengar2, clerkship ward base sume camtu.. adesss... 7 minggu kena mengadap bed ticket la camni... adessss..... =(