Monday, September 27, 2010

bosan! bosan! bosan!!

arggghhhhh... aku dah bosan tahap cipan niiiii... grrrrr... bila nak dpt surat posting ni..

bosan gile.. tau tak???

aku taktau nak cakap kat sapa. dahla takde duit skang sebab tak keje.

aku tengok drama korea n jepun pun dah bosan. bosan weh ngadap laptop je niiiiiiiiiiiiiiiiii............

mintak keje part time susah lak. sume nak full time. kena menipu la kalo nak keje.. kata nak keje fulltime... hahahhahaaa...

adoi, otak pun dah lembap skang. tak berkembang langsung! tolong! tolong! tolong!!!!

Saturday, August 28, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?




Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata
seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.


"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"


Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik. tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik."


"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita."


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?"


Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang
tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."


"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi."


"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki
bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang
lebar.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan."
"Maksud encik?"


"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi. " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego."


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?

Friday, July 30, 2010

arghhh..... double lineeeeee..

okeyh.. berdasarkan tajuk di atas, korang p0n dapat agak apa yg ingin aku cakapkannnn....
sebenarnye, aku tengah mengangggggg... owhhhhh.. bengang ngan diri sendirikkkkk...

napela aku tak nampak kereta polis depan aku???? vangang betuiiiiiiiii... arghhhhh...
aku bole potong keta polis tuuuuuu... huwaaaaaaaaaaa.... perghhhh... potong kan double line maaaaaa..... arghhh.. kalo sapa yang terbaca entry ni(ceh, macam la ada orang nak baca blog ko, pasan!) mesti kata sah dah senget budak niiiii... huhu...

tak silap aku, kalo potong double line, kena saman rm300~~~~~ huwaaaaaaa.... =(
mana nak amik duit? mesti mak ngan ayah aku membebelll.. bla bla blaaa...~~~

sedihnyeeeee~~
aku p0n dah xde mood nak tulis.. okla... bye2...

Monday, July 5, 2010

UNIVERSAL STUDIO+SINGAPORE -part 1-

salam..

pada 16.6.2010, hari rabu, ktorang pergi ke johor bharu tidur semalaman sebelum masuk singapore.. besela, sampai kat sana mesti la dh petang nak dekat maghrib..
lawak betul kazen aku... bole dia x kenal aku... hahahahahhahahaaaa...
arghh.. apa ak merepek niii...

ok, berbalik pada cite asal die... pada 17.6.2010, iaitu ari khamis pagi. ktorang p0n berangkat nak masuk singapore.. aku awal2 pagi dh bangun.. pas semayang, ak kejut diorang bangun. pastu ak terus mandi.. cehhhh.... awal gile aku mandi.. 7 lebey aku dah mandi.... sembangat nye pasal.. kuang3x... klo tak, mesti masih membongkang atas katill... kih3x...

okeyh, ni cite pasal universal studio ke hape ni??? hahah.. sukati aku la.. manyak mende aku nak cite ni... kih3x...
ok, pas dah makan dan bersiap2.. kitorang sume isi borang nak masuk singapore.. sorang 1 borang.. ada 12 borang sme means ada 12 orang nak masuk singapore.. macam rombongan cik kiah kooooo.... penuhla rumah orang niiii... kehkehkehhh...

bawak 2 kereta masuk singapore. 1 keta akak aku, 1 lagi keta mak sdare aku... aku tak bawak keta sebab time tu aku tengah sengkek tahap cipan...
dalam pukul 9am lebey, baru kitorang gerak.. konon2nye nak gerak pukul 8am.. besela, dah ramai macam rombongan cik kiah, xde nye nak gerak awal.. kah kah kahhh..

pastu, singgah dulu kat giants nak tukar duit.. bukan aku la nk tukar.. aku dh tkar awal2 lagi.. sembangat nye pasallll... ni sdara mara aku nak tukar...

ok, dipendekkan cite.. kitorang masuk singapore dalam pukul 10am lebey.. dah nak dekat pukul 11am. imegresyen lama sangat... boring aku.. pastu, diorang berhenti kejap kt imegresen singapore, woodlands. aku pun taktau nape diorang berhenti.. aku d0k diam2 jela.. aku rasa setelkan bab smartpay* kot.. (dia macam kad touch n go..) sebab kitorang masuk waktu weekday, kena cas 20 SD sehari utk 1 kereta.. siot betul singapore.. malaysia tak pernah cas p0nnn...

ok, pastu kitorang p0n masuk singapore... alkisahnye, semuanya bermula.. (eh, dah panjang berjela2 , baru nak mule ke? kah kah kahhh..) arghh.. apa yang aku merapu2 ni...

ok, berbalik pada cite asal. ala, singapore ni kan sebelah malaysia... mesti ramai orang pernah pergi sana.. tapi, lantakla.. aku nak post gak gambar keadaan di singapore.. asyik cite jekk.. boring orang baca... aku p0n boring nak citee... ok, aku tunjukkan bangunan kat sana.. yezzaaa..

aku agak pelik ngan bangunan ni.. sebab tu aku amik gambar..
jgn tanya ni bangunan apa, sebab aku p0n taktau.. haha..

okay.. ni eyes of singapore.. tak singgah p0n..

bangunan ni berkonsepkan durian.. salah satu landmark singapore

adus.. panjang sangat cite ni.. bila la nak cite pasal USS ni.. adoiii.. aku pun dah macam malas nak menulis.. dipendekkan cerita... kitorang p0n mencari jalan nak ke USS ni... jam di tangan sudah pukul 12pm.. kakak aku konpiden follow keta sdara aku. kazen aku yang bawa...

tapiiii.. asyik2 pusing tempat yang sama.. kitorang dalam keta dah konpius.. konpius... konpius.. reti jalan tak ni? adoiii.. ghupe-ghupenya, kazen aku tak reti jalan... adoiii.... berpusing-pusing kat tempat yang sama.. universal studio kat sentosa island.. tapi, aku p0n taktau mana kitorang sesat...

tup tup tup, baru ingat auntie aku ada hp HTC.. dan build in GPS.. okeyhhh.. senang idup.. barula bukak GPS nak tengok jalan... akhirnya, sampaila kitorang kat USS.. jam time tu aku tak ingat.. (cess, ntah hape2 ntah.. itup0n nak citeee.. haha..) meluat orang len baca.. hahahaaa...

kitorang sampai2 je... mak aihhhh.. tempat parking banyak gila.. mau sesat dibuatnyaaaa.. last2, pilih yang paling dekat sekali..

busu aku pergi beli tiket.. aritu dapat 66 SD sebab weekdays. kalo weekend atau cuti umum, 72SD.. 1 SD dalm rm2.36.. so, kalo convert ialah rm156+-.. camtula.. mahal gak laaa..

busu aku pergi bei tiket, yang lain2 sebok bergambar.. jeng3x....




ni akak aku ngan hubby dia.

tup tup tup... sekali tiket USS dah habisssss... hanya ada tiket hari ahad sahaja... sob3x... sedey gila aku. takkan nak duk lama2 kat singapore.. mesti banyak duit keluar... huhu.. so, kitorang balik dengan muka hampa.. tujuan asal nak g singapore sebab nak pergi USS.. last2, diorang kata melawat sedara mara jela.. sambil jalan2 kat singapore..

muke sadis sebab tiket dah habis.. =(

masa tengah menunggu mak sdara aku amik kereta, kitorang duk melepak kat kerusi di atas.. muke cedeyhhhh jeekkkkk.. time tengah2 kitorang berborak-borak pasal tiket takde.. yela, jauh2 dari malaysia datang.. bila nak beli tiket dah habis.. tibe2222.... jeng jeng jengggg....
....
....
....
...
...

seorang lelaki chinese ala2 jason (kawan aku time study), berhenti depan kitorang. dia tanya camni, "u want buy ticket? ticket USS?". sambil2 dia bercakap, dia tunjukkan tiket yg dia ada.. segumpal koooo.. OMG.. OMG.. OMG.. biar betul??? erksss.. betul ke tak ni??
yela, mana tau scam menyecam ni... bukan leh caya dunia sekarang..

last2, kitorang kata nakkkkkkkkk... sume dah memandang busu aku.. sebab dia la supporter terbesar kitorang... heheheh. pastu, busu aku tanya,

busu: how much?

agent: 72 SD. only have weekend tickets..

time dia cakap 72 SD, dalam ati kitorang kata.. "allamakkk...." damn. extra 6SD.. dalam rm13 extra... itu baru 1 tiket.. kitoang ada 8 orang.. mau extra rm100. pastu, sume wat muke kesian kat busu aku... huhu.. "bolela busu.. bolela..." (ala2 tengah pujuk makwe pakwe gitu..)

busu: if u guys still want if 72SD, u must pay 6SD extra.. i will pay what i'm already want to pay..

kitorang: (dengan konpidennya... ) ok, kitorang bayar extra 6SD... dah datang2 jauh2, better bayar 6SD dari tak dpt masuk langsung..

aku tak kisah p0n bayar extra 6SD.. sebab busu aku dh support banyak gilaaaa.. hehehhehe...

tapi, busu aku still mintak tiket weekday, 66 SD.. yela, kitorang datang hari khamis.. mestila nak tiket hari khamis..rupe2nya, dia ada tiket hari weekdays, tapi ada kat ofis.. taktau available lagi ke tak. kitorang ok jela.. malas nak cakap lebey2.. hanya ada 50/50 hope sahaja.. xde tiket esok, takpela.. jalan jela sekitar singapore.. huhu..

so, bila balik, suma dah ceria balik.. hehehe.... yeyeyeee.. ada tiket...

jam dah dekat pukul 1 tengahari.. perut sume dah lapar.. kitorang nak carik tempat makan kat geylang... geylang tempat yang ramai orang2 melayu.. dan banyak kedai2 melayu+affordable price. tempat yang lain kurang halal+mahal.. huhu...

sekali lagi akak aku follow keta kazen aku... dalam tu ada nek chik aku.. dia dulu duk singapore.. tapi, sebab dh berusia, dia duk ngan anak dia kat JB.. adala dalam 2-3 tahun dah duduk kat malaysia..

kitorang berlegar2 sekitar kawasan geylang... lagi sekali, sesat lagi.. huhuuuu... nek chik aku cam dah ingat2 lupe... yela, orang tua.. tapi, dia sangat terer jalan geylang.. sebab selalu pergi geylang. nek chik aku kata salah jalan.. tapi, signboard tunjuk betul.. oleh kerana asyik pusing tempat yang sama, last2 kitorang dengar cakap nek chik aku.. geylang tempat lain.. kitorang sebenarnya nak pergi geylang serai. sebelah tempat geylang. hehehe.. patutnye dengar cakap nek chik aku.. tula, padan muke...

sampai je kat geylang, kitorang berhenti untuk makan.. aku pesan nasi ayam penyet. (ayam tu dihentak dengan belakang pisau, jadi penyettt..)nek aku order mee kuah.. pastu, dia order sup kambing. sup kambing ni, orang mamak yang buat..

perghhhh... sedap gile sup kambinggggg.. memang marveles.. terasa segala rempah ratus dia... tak pernah aku rasa sesedap ni sup kambing.. oleh kerana aku habis awal, orang len tak habis2 lagi.. apalagi, aku snap gambar diorang... hahahahahahhaah...




membeli-belah sekitar geylang serai..

okla.. aku stop sampai sini... nanti ada masa, aku sambung lagikkkk...
tunggukkkk..

*part seterusnya, aku akan cerita pasal orchard road dannnnn... UNIVERSAL STUDIO yang bombastic la sangat tuuuuu.. kekekekekeeee...
P/S: sorry, sebab upload versi kecik utk gambar.. tak pasan.. takpela.. next part akan upload versi besar gedabak okeyhhh...

Tuesday, June 15, 2010

+bila hati berbicara+

salam..

entry kali ini lebih merapu dan merepek2 sahaja... sila abaikan entry ini sekiranya anda terserempak atau terbaca entry ini....

cuti sudah bermulaaa... ini bermakna, aku akan bergelar penganggur terhormattt sementara menunggu surat posting di hospital....

dalam masa mengisi masa lapang yang agak panjang, aku banyak menghabiskan masa melihat drama taiwan/korea/jepunnnn...

namun, kali ini aku memilih drama taiwan yang bertajuk "IT STARTED WITH A KISS" atau ISWAK. bagi aku drama ini agak happening dan menggembirakan sebab jalan cerita yang humour+romantik+ hero dan heroin yg hencem n cute2 blakaaaa....

sambungan dari drama ini ialah "THEY KISS AGAIN". bagi aku dua2 jalan cerita ni agak menarik, tapi drama "they kiss again" lebey banyak unsur2 romantikk sbb menceritakan pasal slps mereka berkahwinnn...

cerita ni menyebabkan aku menangis, sebab ada part2 yg sangat22222 sedeyhhh... seyes sedeyh gle... sapa yang tak nangis memang hati batu laaa.... memang pelakon dia menjalankan watak yang sangat2 baikkk...

oleh kerana byk2 unsur2 romantik dlm drama ke dua, kadang2 aku rasa kurang selesa.. yesss, kurang selesa dgn diri sendirii... cerita ke-2 lebih banyak memainkan emosi walaupun cerita 1st p0n sama...

cerita ni mengisahkan seorang perempuan yg sgt2 low IQ menyukai seorang lelaki yang sangat2 perfect dan menjadi kegilaan ramaiii... pandai, handsome, aktif sukan, tapi sangat egois dan berhati batu... laki ini sangat ego utk meluahkan hatinya.. dia hye menyedari perasaan nya apabila ada lelaki lain yg mendekati perempuan tersebut.. sebab, dia akan menjadi sangat2 JELOUSSSS....

even diorg get married, tapi perempuan tu merasai inferiority complex. sebab, yela dia x pandai, dan sangat222222 CLUMSYYY... adoiiii, geram aku tgk watak heroin niii... clumsy gle heroin dieee... byk sgt kekurangan perempuan ni, tapi dia menerimanya dgn hati yang terbuka.. yela, orang dah sayangggg....

tapi, silap laki ni, dia tak pernah menyuarakan isi hati dia.. so, pompuan ni rasa unsecure, hubby dia x sayang die dan mcm2 lagikkkk.... kadang2 aku sgt geram dengan watak p0mpuan ni... sebab cam sangat low dignity, very clumsy, lambat pickup... cuma, dia sgt baik hati, penyayang dan comeyh sgt2222...


Friday, May 14, 2010

KEPUTUSAN SEMI FINAL PIALA THOMAS - MALAYSIA VS CHINA

sangat2 menyedihkannnn... itula yg dpt digambarkan dengan kekalahan teruk malaysia pd pasukan lawan, iaitu china.. 3 - 0 okeyhhhh...

1st, lee chong wei vs lin dan, - malaysia kalah

2nd, beregu malaysia dgn beregu china - malaysia kalah gakkk..

3rd, single 2nd, wong chun han vs chin lan - malaysia kalah.. yang ni, 2nd set kalah terukkkkk sangattt... xpela, diorg beza 9 tahunnnn... WCH dah umo 33thn, chen jin umo 24thn..... (pk positip jellaaaa..)

penat bersorak kat rumah, kalo menang best gakkkk... adesssss... x dpt masuk final untuk piala thomas... komen saya kpd pemain2 tersebut:-

LCW - slow sangat nak warm up... kena tinggal jauh sampai 8 mata baru nak naikkkk... time tu dAh terlambatla nak kejarrrr.. pelikla ngan LCW ni... klo lawan ngan lin dan, mesti die kalahhhh...... musykil2... bkn skit beza, jauh gak bezaaaa...

beregu china, (1st beregu) - yang ni lagila laju diorang.... 1st smash terus dpt mata.. x sempat pemain malaysia nak bersediaaa...

2nd single, WCH - ekceli yg ni diorg men lebey slow compare lindan vs LCW main... tapi, mayb sbb WCH tu umur dia dah 33 thn, dan jarak beza 9 tahun, maybe dia penat sikit nak kejar2 bola niiii... tapi, 2nd set mmg WCH kalah teruk... x sampai 10 mata p0n... 21-7 sahajaaaa... kalah teruk yobbbbb...


kebanyakn pemain malaysia hilang mata bukan sebab tak dapat bola..... tapi, sebab net atau outttt... memang sakit hati tengokkkkkk... kecuali WCH je selalu bagi bola outttt....

nways, sambil2 melihat mereka bermain, baru perasan lin dan dan beregu china tu encem2 rupnye diorang.... muka diorang macam artis2 koreaaa.... euwwwww.... hehhehheee....
pemain malaysia, mata diorang lebih sepet dr pemain dari negara chinaaaaaa..... apa kes niiiiii... adesssssss....

yang membezakan ialah, cina di malaysia kulit mereka lebih gelap dibandingkan cina di negara chinaaaa.... sebab malaysia yang mempunyai cuaca yang terikkk... sebab tu kulit terbakar+sun burnnnn...

okla, itu sahaja yang ingin diceritakannnnn...

Thursday, May 13, 2010

ADAMAYA - DRAMA TV3.. dah habishhhh....

hurm.. adamaya sekarang ni memang tengah hot kat tv.. tp, hari ni last episod ke23.

ekceli, aku baru je follow crite ni... sebab tv kt hostel aku rosakkkkk.. dan, aku pun malas nk tgk kat web tv3..

tapi, sejak dh stat cuti... aku dh bosan tahap cipan duk rumah niiii... bukak forum, ramai orang bagi review baikk pasal cite... pastu, ada lisa surihani yg comeyh tuuuuu....

bukak kat facebook lak, ramai bg status pasal adamaya.. bestla.. adam tu baik la.. ada yg terpikat dgn adam dlm crite adamaya... tetibeeee, aku pun telah dipengaruhi oleh review yg best tuuu...

so, oleh kerana bosan tahap cipan xtau nak tengokk cite apa... so, carikla dlm utube.. tup3x.. adalak crite tu dlm utube... mak aihhh, best gle cite die... trus straight tengok 3 epi terusss... nak teruskan lagik, tapi mata aku dah kuyu x bole bukakk.. mana taknye, dh pukul 3am lebeyyyy....

crite die best...dahla si adam tu encemmmm, awwww... cair hati akuuuu.. euwwwww.... hishhh, apala aku merepek ni... heheeehe....

pastu, soundtrack best, muzik die best... lisa yang comeyhhh.. hishhh, senang kata sume bestlaaaaaa... adoiiii... ni yang berangan2 taik ayam niiii... adam3x... hihiihihiiiii...

wah, memang best gile kalo dpt asben camtu.. dia x encem pun xpe... kikikiiii... tapi, susah nk carik cmtu skangggg...so, xyah berangan lebeyh2 okeyhhhh.. hohoohhohooo..

oleh kerana aku telah jatuh cinta dgn semua benda berkenaan dgn adamaya, aku hadiahkan lagu OST adamaya, YANG TERINDAH

OST ADAMAYA, YANG TERINDAH


Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah